Berita
Pelajar Juara DICE 2025 Tamat Latihan Kerja, Pamer Kualiti Animasi Membanggakan

JOHOR BAHRU: Kumpulan pelajar Diploma Teknologi Animasi dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang sebelum ini mencipta kejayaan sebagai juara Pertandingan Akhir Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 3.0, terus melakar pencapaian apabila berjaya menamatkan latihan kerja (on job training) selama dua bulan bersama Warnakala Studios Sdn Bhd.
Pelajar yang menghasilkan karya pemenang, Qosmic: Himbaan Tungor, iaitu Amni Mad Islaihi, Nur Aqilah binti Mohd Shafiee, Muhammad Denish bin Mat Selan dan Wan Salma Nasreen binti Husswan Hadi, telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi kemahiran teknikal dan kualiti produksi animasi sepanjang tempoh tersebut. Penglibatan secara langsung dalam projek industri memberi pendedahan menyeluruh terhadap aliran kerja profesional, termasuk aspek susun alur animasi, papan cerita serta penambahbaikan visual.
Menurut pihak industri, para pelajar ini mempamerkan komitmen tinggi, disiplin kerja yang baik serta keupayaan menghasilkan animasi yang memenuhi standard semasa industri kreatif tempatan. Kualiti hasil kerja mereka turut mendapat pengiktirafan sebagai setanding dengan penggiat animasi peringkat permulaan dalam industri.
Majlis penutupan program latihan kerja tersebut telah diadakan secara dalam talian dengan kehadiran beberapa tokoh penting dari akademia dan industri. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Berbahagia Prof Madya Dr Fazida Karim, Pengarah Pusat Kerjaya, Teknokeusahawanan dan Jaringan Pintar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Turut hadir, Yang Berusaha Ts Hairulfaizalizwan bin Ahmad Sofian, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios Sdn Bhd, yang menyatakan penghargaan terhadap prestasi cemerlang pelajar sepanjang tempoh latihan.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Shahrizan binti Mohd Sharif, Pemangku Pengarah Pembangunan Kandungan Digital Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), serta Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Timbalan Dekan Penyelidikan, Pusat Pengajian Diploma UTHM. Barisan pensyarah animasi UTHM juga turut serta dalam memberikan sokongan kepada para pelajar.
Dalam ucapan penutup, pihak penganjur menzahirkan harapan agar pengalaman on job training ini dapat menjadi batu loncatan kepada para pelajar untuk terus berkembang dalam industri animasi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekosistem kreatif negara.
Kejayaan berterusan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan pelajar UTHM dalam menghasilkan karya animasi berkualiti tinggi, malah memperkukuhkan lagi hubungan strategik antara institusi pendidikan dan pemain industri dalam melahirkan bakat yang kompeten serta berdaya saing.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
