Berita
Kunjungan Hormat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar ke UTHM Pagoh

PAGOH: Lima orang wakil dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar (PKMDM) mengadakan kunjungan hormat ke UTHM kampus cawangan Pagoh bagi mengadakan perbincangan strategik bersama Pusat Pengajian Diploma (CeDS) berkenaan pendapat profesional dan peluang kerjasama lanjut bagi projek inovasi dan khidmat masyarakat bersama PKMDM. Ketibaan wakil-wakil PKMDM disambut oleh Profesor Ts Dr Abdul Mutalib bin Leman yang kini menjalankan fungsi Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh (KCP). Lawatan ini merupakan perbincangan susulan dari projek inovasi sistem maklumat pengurusan banjir yang oleh kumpulan pelajar tahun akhir CeDS seliaan Dr. Hazwani Rahmat dengan kerjasama bersama PKMDM sejak tahun 2023. Turut serta di dalam lawatan perbincangan ini adalah Ts Dr Hazlini binti Dzinun selaku Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan CeDS.
DIVMAS, inovasi pertama dibangunkan oleh kumpulan pelajar tahun akhir program Diploma Teknologi Maklumat (DAT) bagi tujuan pengurusan pendaftaran mangsa banjir untuk PKMDM. DIVMAS dikembangkan pada 2024 sebagai FLIEC dengan kolaborasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat (PKDBP) untuk turut menangani isu bantuan rawatan bagi mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir. FLIEC berjaya memenangi trofi anugerah inovasi terbaik, pingat emas dalam The National Undergraduate Innovation Competition 2024, penarafan emas di dalam Karnival Diploma Exhibition (DiPX) CeDS dan mendapatkan sijil copyright. Susulan dua projek inovasi untuk PKMDM, Letter on Intent telah dimeterai pada 2025 bersama PKMDM bagi mengembangkan FLIEC kepada SHELTRIX. Kolaborasi ini mengembangkan FLIEC untuk turut melibatkan pelaporan, statistik masa nyata mangsa banjir, agihan kerja petugas PPS, pengurusan khemah dan bantuan awal seperti keperluan asas, makanan dan penjagaan kebersihan terutama bagi golongan rentan seperti ibu mengandung, bayi, warga emas, orang kurang upaya dan yang terlantar sakit. SHELTRIX berjaya meraih pingat emas di karnival DiPX 2025 dan memelihara copyright projek bersama Encik Md Taufik bin Md Zin selaku wakil PKMDM sebagai salah satu pengarang.
Rentetan kejayaan ini menjadi perangsang kepada PKMDM untuk membawa SHELTRIX ke dalam pertandingan inovasi mereka dengan nama baharu. Tahniah kepada Ts Dr Hazlini binti Dzinun di atas kejayaan portfolio beliau dalam membimbing Dr Hazwani binti Rahmat ke arah penyelidikan yang lebih cemerlang. Secara tidak langsung, pelajar projek tahun akhir program DAT seliaan Dr Hazwani bin Rahmat berpeluang mendalami realiti pembangunan projek sistem maklumat di dunia sebenar. Ini juga membuktikan kemampuan pelajar DAT dalam menghasikan inovasi yang menyumbang kepada masyarakat dan berdaya komersil. Diharapkan kerjasama bersama PKMDM ini akan terus berkembang ke peringkat kat lebih tinggi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
