Skip to main content

Berita

CeDS Career Jumpstart 2026: Melahirkan Graduan Kalis Masa Hadapan

Oleh Dr Rozainita binti Rosley
22 April 2026, 6:23 pm
CeDS Career Jumpstart 2026: Melahirkan Graduan Kalis Masa Hadapan

PAGOH: Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) dan Pusat Pengajian Diploma (CeDS) hari ini melancarkan program CeDS Career Jumpstart 2026 bertempat di Dewan A9, Kolej Kediaman, Kampus UTHM Pagoh. Program intensif selama tiga hari ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara dunia akademik dan realiti industri yang semakin mencabar.

Objektif utama program ini adalah untuk memperkasa kebolehpasaran pelajar melalui latihan kemahiran praktikal dan penerapan etika profesionalisme global. Selain itu, ia menyediakan platform interaksi strategik bagi pelajar membina profil profesional yang kukuh sebelum menempuh alam kerjaya sebenar.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Pengajian Diploma, selaku tetamu kehormat (VIP). Program ini melibatkan penyertaan aktif semua pelajar tahun dua bersama wakil alumni, wakil industri dan Career Coach dari Pusat Kemajuan dan Kerjaya Alumni.

Sepanjang program yang bermula dari 22 hingga 24 April 2026 ini, peserta didedahkan dengan slot pengisian impak tinggi seperti Industry Insights: Bridging the Gap dan sesi perkongsian alumni, serta teknik menulis resume dan menghadapi temuduga oleh Career Coach yang diiktiraf UTHM. Dengan penganjuran ini, CeDS komited memastikan setiap graduan UTHM bukan sahaja memiliki kecemerlangan akademik, malah mempunyai daya tahan yang tinggi untuk bersaing di peringkat global.


Career Jump Start 2026