Skip to main content

Berita

Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Raih Pensijilan Microsoft Project

Oleh Sr Nornajihah binti Mohammad Yazid, Puan Siti Nooraiin binti Mohd Razali
09 Mei 2026, 4:39 pm
Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Raih Pensijilan Microsoft Project

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Kursus Pensijilan Microsoft Project pada 9 dan 10 Mei 2025 dengan kerjasama Professional Industry Training Center (PiTC), UTHM.

Program ini melibatkan pelajar Tahun 2 Diploma Kejuruteraan Awam dan telah berlangsung di Makmal Lukisan CAD Kejuruteraan Awam 1 dan 2 serta Makmal Aplikasi Komputer Kejuruteraan Awam, UTHM Kampus Pagoh.

Pelaksanaan program ini telah diterajui oleh Pengarah Program, Puan Siti Nooraiin binti Mohd Razali bagi memastikan kursus berjalan lancar dan memberi manfaat kepada peserta. Sesi latihan pula dikendalikan oleh Ts Dr Aslila binti Abd Kadir, Dr Hasnida binti Harun dan Dr Najeeha binti Mohd Apandi.

Melalui kursus ini, pelajar didedahkan kepada penggunaan Microsoft Project dalam perancangan, penjadualan dan pemantauan projek, khususnya dalam bidang kejuruteraan awam dan industri pembinaan.

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan kursus dan memperoleh Sijil Microsoft Project. Pencapaian ini menjadi nilai tambah kepada kemahiran profesional pelajar serta membantu mempersiapkan mereka sebagai bakal graduan TVET yang kompeten dan berdaya saing.