Berita
UTHM dan AquFish Technology Sdn Bhd Meterai MoU dalam Bidang Akuakultur Pintar

PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama AquFish Technology Sdn Bhd (AquFish) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik antara institusi akademik dan industri teknologi akuakultur.
Kerjasama ini memberi fokus kepada kolaborasi dalam bidang akademik dan pembangunan penyelidikan, khususnya berkaitan teknologi internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), dan akuakultur pintar. Inisiatif ini dijangka membuka lebih banyak peluang kerjasama melibatkan penyelidikan, pembangunan teknologi, latihan industri serta perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.
AquFish Technology Sdn Bhd merupakan syarikat teknologi akuakultur yang membangunkan sistem AquMonitor berasaskan AI bagi meningkatkan kecekapan dan kelestarian penternakan ikan. Syarikat ini turut komited dalam memperkasakan penternak ikan, memperkukuh sekuriti makanan serta memajukan amalan akuakultur yang mampan.
Pihak AquFish Technology Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Mohd Rafiq Hakim bin Razali selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Encik Wafiy Hilman bin Lukman @ Zawawi selaku Ketua Pegawai Teknologi (CTO).
Pemeteraian MoU ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan universiti-industri serta memacu inovasi teknologi yang mampu memberi impak positif kepada sektor akuakultur negara.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP
