Berita
Projek SULAM CeDS 2026: MAKEROBOT @ Pesbuk 2026

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma Kampus Cawangan Pagoh dengan kerjasama Makerspace @ UTHM telah menganjurkan Projek Sulam CeDS 2026: Makerobot @ Pesbuk 2026 Peringkat Kebangsaan pada 4 hingga 6 Mei 2026 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Parit Raja bagi subjek DAE11203 Circuit Analysis. Rangkaian kerjasama ini turut diperluaskan menerusi gandingan bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), dan Persatuan Robotik Penggaram, di samping penglibatan aktif guru-guru yang membantu mengendalikan pertandingan.
Program berteraskan STEM itu berjaya menghimpunkan sebanyak 180 pasukan melibatkan kira-kira 570 peserta daripada pelbagai sekolah dan institusi pendidikan. Secara keseluruhannya, rekod penyertaan mencecah hampir 600 pelajar daripada hampir 100 buah sekolah rendah dan menengah yang dibahagikan kepada hampir 200 kumpulan dari enam buah negeri, merangkumi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang, dan Terengganu. Sebanyak 15 kategori pertandingan telah dipertandingkan sepanjang program berlangsung bagi menguji kemahiran teknikal, kreativiti serta pemikiran kritis para peserta. Penganjuran ini turut mencatat detik bermakna apabila hari pertamanya meraikan keterlibatan pelajar-pelajar istimewa menerusi pembentukan 24 kumpulan, berserta penyertaan istimewa daripada murid-murid Sekolah Orang Asli dari negeri Pahang.
Penganjuran program tersebut bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan guru dan pelajar dalam bidang teknologi kejuruteraan dan robotik selaras dengan perkembangan pendidikan masa kini. Selain itu, program ini turut melibatkan pelajar Tahun 1 program Diploma Kejuruteraan Elektrik seramai 167 orang diiringi 16 orang pensyarah sebagai fasilitator murid sekolah dari pelbagai kategori. Dari sudut perkembangan pelajar, para peserta berjaya mengasah pelbagai kemahiran termasuk pemantapan kemahiran psikomotor melalui pengendalian alat kawalan (joystick), kemahiran kognitif seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan strategi, serta kemahiran afektif yang menerapkan semangat kerja berpasukan dalam membina robot.
Dalam masa yang sama, program ini turut membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan teknologi kepada pembangunan negara di samping memenuhi keperluan projek SULAM universiti. Penganjuran MAKEROBOT@PESBUK 2026 turut berjaya mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak universiti dan sekolah dalam usaha memperkasakan pendidikan STEM dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai hasil utamanya iaitu memupuk keterlibatan program STEM seawal peringkat pendidikan persekolahan (early stage of education), di samping menyasarkan peningkatan jumlah enrolmen pelajar ke dalam bidang kejuruteraan dan teknologi pada masa akan datang.
Projek SULAM CeDS 2026: MAKEROBOT @ Pesbuk 2026
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
