Berita
CeDS Perkukuh Ekosistem Keusahawanan Pelajar Diploma Melalui PTU

Program anjuran Jawatankuasa Teknousahawan CeDS dengan kerjasama Persatuan Pelajar Diploma melibatkan seramai lebih 200 orang pelajar tahun dua CeDS dan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai dunia keusahawanan, selain membuka peluang untuk mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan perniagaan, konsultasi dan sokongan keusahawanan yang disediakan universiti.
Program tersebut menampilkan Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti (PTU), Prof. Madya Sr Dr Nazirah binti Mohamad Abdullah sebagai penceramah utama yang berkongsi mengenai peluang dan hala tuju keusahawanan mahasiswa dalam era ekonomi digital masa kini. Turut hadir bersama ialah dua orang ketua jabatan daripada PTU yang bersama-sama memberi penerangan berkaitan program pembangunan usahawan, geran, latihan dan peluang penyertaan pelajar dalam aktiviti keusahawanan universiti.
Program ini adalah usaha melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah mempunyai nilai tambah dalam bidang keusahawanan dan kebolehpasaran pekerjaan. Pendedahan awal kepada budaya keusahawanan mampu membentuk pelajar yang lebih kreatif, berdaya saing dan berani mencipta peluang sendiri pada masa hadapan.
Sepanjang program berlangsung, pelajar turut diberi peluang mendapatkan konsultasi secara terus bersama wakil PTU berkaitan pembangunan idea perniagaan, informasi berkaitan peluang menjana pendapatan, pengurusan perniagaan, pemasaran digital dan peluang penyertaan dalam program keusahawanan universiti.
Melalui pendekatan turun padang ke fakulti, PTU dilihat berjaya mendekati pelajar secara lebih efektif sekali gus memperkukuh agenda universiti dalam melahirkan graduan berciri teknousahawan sejajar dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
