Berita
Promosi Program Diploma UTHM Semarakkan Majlis Perasmian Gemilang TVET Peringkat Negeri Pulau Pinang

KEPALA BATAS: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mempromosikan program diploma berteraskan TVET bersempena Majlis Perasmian Gemilang TVET Peringkat Negeri di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas. Majlis yang gilang-gemilang ini dirasmikan oleh pengetua sekolah, Encik Khairul Anuar b. Hamat @ Ahmad, dan turut dihadiri oleh wakil JPN Pulau Pinang serta PPD Seberang Jaya Utara.
Melalui inisiatif ini, delegasi UTHM yang diwakili oleh staf Pusat Pengajian Diploma (CeDS) memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar dari sekolah sekitar Pulau Pinang mengenai peluang pengajian diploma, syarat kelayakan, serta prospek laluan terus menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Karnival pendidikan tersebut turut mendapat sambutan hebat dengan penyertaan kira-kira 20 pempamer dari IPTA dan IPTS, yang menyediakan pelbagai pilihan pendidikan bagi membantu pelajar merancang hala tuju selepas SPM.
Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja memartabatkan pendidikan TVET di mata masyarakat, malah berfungsi sebagai jambatan penghubung yang berkesan antara sekolah dan institusi pengajian tinggi dalam usaha melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP
