Berita
Pensyarah CeDS UTHM Jadi Penyelia Bersama Lapan Projek Tahun Akhir Pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Thaksin

PAGOH: Tiga orang pensyarah daripada Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diberi kepercayaan sebagai penyelia bersama (co-supervisor) bagi lapan projek Tahun Akhir pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Fakulti Sains dan Inovasi Digital, Universiti Thaksin, Thailand.
Pensyarah CeDS yang terlibat ialah Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, Ts Inv. Dr Shelena a/p Soosay Nathan, dan Encik Fawwaz bin Mohd Nasir. Penglibatan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran akademik pensyarah CeDS di peringkat antarabangsa, di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi.
Sebanyak lapan projek pembangunan sistem dan aplikasi telah dibentangkan oleh pelajar Universiti Thaksin, meliputi pelbagai bidang seperti pembangunan aplikasi web, Internet of Things (IoT), teknologi kesihatan digital, sistem maklumat, permainan digital dan teknologi pemetaan. Antara projek yang dibentangkan ialah:
- Web Application for Student Skill Transcript of the Faculty of Science and Digital Innovation
- Job Web Application System of Demonstration School of Thaksin University
- Development of an IoT-Based Smart Mist Fan with Automatic Environmental Monitoring and Mobile Application Control
- Stress Assessment and Activity Recommendation System Using Pulse Rate Data and the ST-5 Questionnaire
- Fitness Management System for Faculty of Health and Sports Science, Thaksin University
- Web Application for Navigation and Building Location Search at Thaksin University, Phatthalung Campus
- Depressonant: A 2.5D Game for Simulating Depression
- Smart Hydration Monitoring and Reminder System for Chronic Kidney Disease Patients
Kerjasama ini merupakan kesinambungan hubungan akademik yang telah lama terjalin antara Kumpulan Fokus ICT for Technology Humanization (ITecH), CeDS UTHM dengan Universiti Thaksin, Thailand. Melalui kolaborasi ini, kedua-dua institusi berkongsi kepakaran dalam penyeliaan akademik, pembangunan projek pelajar, penyelidikan serta inovasi, sekali gus memberi pendedahan antarabangsa kepada pensyarah dan pelajar.
Selain meningkatkan kualiti penyeliaan projek, penglibatan sebagai penyelia bersama turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, penambahbaikan kurikulum serta pembangunan jaringan akademik yang lebih kukuh antara institusi pengajian tinggi di rantau ASEAN.
Diharapkan kerjasama strategik ini akan terus diperkasakan melalui lebih banyak aktiviti akademik dan penyelidikan pada masa hadapan, selaras dengan usaha UTHM dalam memperluaskan jaringan antarabangsa dan memperkasa kecemerlangan pendidikan tinggi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
