Berita
Kursus Sijil Kompetensi Solar Photovoltaic (Solar PV) Berjaya Melahirkan 68 Peserta Kompeten

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Kursus Sijil Kompetensi Solar Photovoltaic (Solar PV)bagi Siri 2 dan Siri 3 sebagai salah satu inisiatif memperkukuh kemahiran teknikal serta meningkatkan kebolehpasaran peserta dalam bidang tenaga boleh baharu.
Kursus Solar PV Siri 2 telah berlangsung pada 22 hingga 24 Jun 2026 dengan penyertaan seramai 28 orang peserta, manakala Solar PV Siri 3 telah diadakan pada 8 hingga 10 Julai 2026 dan berjaya menarik penyertaan 40 orang peserta. Secara keseluruhannya, seramai 68 peserta telah mengikuti kursus sijil kompetensi ini.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan setiap siri, para peserta telah mengikuti sesi pembelajaran yang merangkumi teori dan latihan amali berkaitan sistem Solar Photovoltaic (PV). Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas teknologi solar, reka bentuk sistem PV, pemasangan, pengujian, penyelenggaraan serta aspek keselamatan mengikut amalan industri. Pendekatan pembelajaran berasaskan amali membolehkan peserta memperoleh pengalaman sebenar dalam mengendalikan sistem Solar PV menggunakan peralatan yang berkaitan.
Kursus ini dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar berpengalaman daripada UTHM, iaitu Ts. Dr. Farahiyah binti Mustafa, Dr. Omar bin Abu Hassan dan Dr. Nor Aira binti Zambri. Komitmen dan kepakaran tenaga pengajar dalam menyampaikan ilmu serta membimbing peserta sepanjang kursus telah membantu meningkatkan kefahaman dan keyakinan peserta dalam mengaplikasikan teknologi Solar PV mengikut keperluan industri semasa.
Penganjuran kursus sijil kompetensi ini mencerminkan komitmen Pusat Pengajian Diploma UTHM dalam menyediakan latihan profesional yang memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 serta menyokong agenda pembangunan tenaga lestari negara. Program seumpama ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi teknikal peserta, malah membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam industri tenaga boleh baharu yang semakin berkembang.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam bidang kerjaya serta menyumbang kepada pembangunan industri Solar PV di Malaysia.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
