Berita
Bengkel Penulisan ‘From Idea to Impact’ Perkasa Kemahiran Penulisan Akademik Staf CeDS

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan – From Idea to Impact: Product Based Academic Writing pada 28 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat 2, UTHM Kampus Pagoh. Bengkel yang disertai oleh hampir 20 orang staf akademik daripada pelbagai jabatan di bawah CeDS ini bertujuan memperkukuh kemahiran penulisan akademik dalam kalangan staf serta membimbing peserta membangunkan idea penyelidikan kepada penerbitan ilmiah yang berkualiti dan berimpak.
Bengkel telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts Dr Mohd Fahrul bin Hassan, yang berkongsi strategi menghasilkan penulisan akademik berasaskan produk, serta amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti penerbitan. Melalui sesi perkongsian dan perbincangan interaktif, peserta turut didedahkan kepada teknik memperkukuh kandungan manuskrip agar lebih berpotensi untuk diterbitkan dalam jurnal berindeks.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif pembangunan profesional staf bagi memperkasa budaya penyelidikan dan penerbitan akademik. Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan kompetensi staf dalam menghasilkan penerbitan berkualiti, sekali gus menyokong kecemerlangan penyelidikan serta pencapaian KPI universiti dalam bidang penyelidikan dan penerbitan. Selain meningkatkan kemahiran penulisan akademik, bengkel ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam kalangan warga akademik, sekali gus menggalakkan kolaborasi penyelidikan serta memperkukuh budaya penerbitan yang berkualiti di CeDS.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP
