Berita
Pelajar Diploma UTHM Cipta Kejayaan di BEM Young Engineering Innovation Trophy 2026

KUALA LUMPUR: Pelajar Pusat Pengajian Diploma (CeDS) melakar kejayaan membanggakan selepas meraih pingat Emas dan Gangsa dalam pertandingan BEM Young Engineering Innovation Trophy bersempena BEM National Engineering Convention (NEC) 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
Pertandingan anjuran Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) itu menyaksikan wakil institut cemerlang bagi Kategori Dublin Accord menerusi inovasi berimpak tinggi.
Pingat Emas (Gold Winner) diraih menerusi projek Rainwater Harvesting Dual-Source Smart Irrigation System Powered by Solar yang dihasilkan oleh trio pelajar, Yong Weng Xiong, Daniel Khaw Jun Zhe, dan Tan Yi Xian di bawah bimbingan penyelia, Encik Tuan Mohd Hafeez bin Tuan Ibrahim.
Manakala Pingat Gangsa (Bronze Winner) pula dimenangi oleh Eugene Lee Chee Keong menerusi projek bertajuk IoT-Based Water and Air Quality Monitoring System Using LoRa Communication yang diselia oleh Dr Muhammad Faizal bin Ismail.
Kesemua pemenang membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai atas kejayaan masing-masing.
Pihak pengurusan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pelajar serta penyelia yang terlibat. Kejayaan ini membuktikan keupayaan serta daya saing pelajar diploma UTHM dalam melahirkan inovasi kejuruteraan yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
