Berita
UTHM Perkasa Promosi Pendidikan Tinggi di Karnival Aspirasi Generasi Madani Kolej Matrikulasi Sarawak

KUCHING: Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai Karnival Aspirasi Generasi Madani Kolej Matrikulasi Sarawak sebagai platform mempromosikan peluang pendidikan tinggi kepada para pelajar.
Karnival ini menghimpunkan pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sekali gus memberi peluang kepada pelajar mendapatkan maklumat berkaitan program pengajian, syarat kemasukan, laluan pendidikan dan prospek kerjaya.
UTHM diwakili oleh Prof. Madya Dr Hilton @ Mohd Hilton bin Ahmad (FKAAB), Ts Eddy Irwan Shah bin Saadon (CeDS), Encik Mohamad Nur Eman bin Shahfri (PPKK) dan Encik Mukhtar bin Ismail (FSKTM).
Pameran UTHM mendapat sambutan daripada pelajar Kolej Matrikulasi Sarawak serta pelajar SMK Teknik Sijingkat yang berpeluang mendapatkan penerangan berkaitan bidang kejuruteraan, teknologi, komputer dan laluan pengajian peringkat diploma yang ditawarkan UTHM.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen UTHM dalam memperluas capaian maklumat pendidikan tinggi serta membantu bakal mahasiswa membuat pilihan pengajian dan perancangan kerjaya dengan lebih yakin.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP
