Berita
Jelajah UTHM: Meneroka Ilmu, Menginspirasikan Masa Depan Beri Pendedahan Teknologi dan Kejuruteraan kepada Pelajar SMK Tun Mamat

PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dengan kerjasama Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) telah menganjurkan program Jelajah UTHM: Meneroka Ilmu, Menginspirasikan Masa Depan (Knowledge Transfer Programme) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mamat, yang merupakan sekolah angkat UTHM.
Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial universiti dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara UTHM dan komuniti setempat, khususnya melalui perkongsian ilmu, pemindahan teknologi serta pendedahan awal berkaitan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada pelajar sekolah.
Bertemakan Meneroka Ilmu, Menginspirasikan Masa Depan, program ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada para pelajar melalui aktiviti berasaskan teknologi dan aplikasi sebenar dalam bidang kejuruteraan awam.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah menyertai beberapa aktiviti interaktif yang disediakan, antaranya Makmal Teknologi Alam Sekitar yang memberi pendedahan berkaitan konsep dan aplikasi teknologi alam sekitar melalui aktiviti pembelajaran secara amali.
Selain itu, aktiviti Mini Surveying Experience turut dilaksanakan bagi memperkenalkan asas kerja ukur dalam bidang kejuruteraan awam. Para pelajar diberi peluang mengenali penggunaan peralatan ukur serta memahami aplikasinya dalam situasi sebenar yang berkaitan dengan industri pembinaan dan pembangunan infrastruktur.
Program ini turut memberi peluang kepada pelajar SMK Tun Mamat untuk merasai pengalaman berada di persekitaran kampus, mengenali kemudahan akademik dan makmal yang terdapat di UTHM, serta memahami laluan pendidikan tinggi dalam bidang STEM.
Melalui pelaksanaan program ini, UTHM komited untuk terus memperkukuhkan hubungan bersama sekolah angkat dan komuniti melalui aktiviti pemindahan ilmu yang berimpak, selaras dengan peranan universiti dalam melahirkan generasi berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada SMK Tun Mamat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang menjayakan program ini. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua warga UTHM, khususnya warga Jabatan Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Diploma dan ICRC, yang terlibat dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Diharapkan kerjasama strategik antara UTHM dan SMK Tun Mamat sebagai sekolah angkat ini dapat diteruskan melalui pelbagai program pembangunan akademik, pemindahan ilmu dan aktiviti berasaskan STEM pada masa akan datang.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
