Berita
UTHM Menjayakan Pameran Interaktif, Ceramah Kerjaya, dan Pertandingan Animasi di Karnival Edu-STEM STI Negeri Johor 2026

MUAR: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) bersama Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) telah menjayakan Karnival Edu-STEM STI Peringkat Negeri Johor 2026 di SMK Bandar Maharani. Program khidmat masyarakat yang dirasmikan oleh Pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Muar ini turut mendapat kerjasama Majlis Belia Johor serta Program Gerak Mesra Pembangunan Masyarakat Zon 11 (Bandar 2A).
Delegasi UTHM yang diketuai oleh Pengarah Program, Dr Zuraida Binti Ibrahim bersama Kumpulan Fokus Multimedia Animation Creative Content (MA2C) bermatlamat meningkatkan keterlihatan universiti, mempromosikan program akademik, serta mencungkil bakat inovasi generasi muda.
Sepanjang program, tapak pameran UTHM menjadi tumpuan menerusi demonstrasi produk digital, tayangan animasi, simulasi teknologi, dan perkongsian laluan pengajian. Sesi ceramah kerjaya bertajuk Jurutera Masa Depan Anda Sendiri: Impian dan Minat oleh Dr Zuraida turut membuka minda pelajar mengenai prospek kerjaya berasaskan kecerdasan buatan (AI), robotik, dan teknologi animasi.
UTHM juga bertindak sebagai penyelaras utama Pertandingan Video Animasi Pendek bertemakan Misi Johor 2050: Bandar Pintar dan Teknologi Terbang bagi memberi ruang kepada pelajar menterjemahkan kefahaman STEM secara kreatif.
Penglibatan aktif ini membuktikan komitmen berterusan UTHM dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam memacu sektor sains dan teknologi pada masa hadapan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP
