Skip to main content

Berita

CeDS UTHM Perkukuh Jaringan Industri Melalui MoU Bersama C&S Software Solutions Sdn Bhd

Oleh Gs Dr Muhammad Azraie bin Abdul Kadir
11 September 2026, 3:15 pm
CeDS UTHM Perkukuh Jaringan Industri Melalui MoU Bersama C&S Software Solutions Sdn Bhd

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memperkukuh jaringan strategik bersama industri menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dan C&S Software Solutions Sdn Bhd yang berlangsung di UTHM Pagoh.

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan CeDS UTHM dalam memperluas jaringan kerjasama dengan pihak industri, khususnya dalam menyokong pembangunan kemahiran, kompetensi dan kebolehpasaran graduan selaras dengan keperluan semasa dunia pekerjaan.

Pemeteraian MoU antara UTHM dan C&S Software Solutions Sdn. Bhd. membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif kolaboratif termasuk perkongsian kepakaran, pembangunan kemahiran dan kompetensi, latihan serta pendedahan industri, pembangunan profesional dan peluang kerjasama akademik.

Kerjasama ini turut memberi peluang kepada warga UTHM, khususnya pelajar, untuk memperoleh pendedahan yang lebih dekat dengan amalan dan keperluan sebenar industri. Pada masa yang sama, hubungan dua hala ini dapat memperkukuh perkongsian kepakaran antara pihak universiti dan industri.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil pengurusan UTHM, CeDS, wakil-wakil Fakulti, Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) serta pihak C&S Software Solutions Sdn Bhd.

Pemeteraian MoU ini diharapkan dapat menjadi platform strategik dalam memperkukuh hubungan universiti-industri serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada universiti, industri dan pelajar.

Kerjasama ini sekali gus menyokong usaha CeDS UTHM dalam memperkasakan pendidikan berorientasikan industri dan melahirkan graduan yang kompeten, adaptif serta berdaya saing selaras dengan keperluan industri semasa.