Berita
Pembentangan Kemajuan Projek MyIsyARat di bawah Geran Pembangunan Solusi Teknologi 2026

PAGOH: Satu sesi pembentangan kemajuan projek di bawah Geran Pembangunan Solusi Teknologi (GPST) 2026 anjuran Kajian Dasar IKRAM (KADRI) telah berlangsung secara dalam talian pada 29 Oktober 2026.
Dalam sesi tersebut, Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, selaku Ketua Penyelidik, telah membentangkan perkembangan semasa projek MyIsyARat: Alat Bantu Mengajar Bahasa Isyarat Malaysia Berasaskan Realiti Terimbuh untuk Komuniti Ketidakupayaan Pendengaran. Turut serta dalam sesi berkenaan ialah Ts. Dr Shamsul bin Mohamad, ahli penyelidik projek.
Pembentangan merangkumi kemajuan pelaksanaan projek, pembangunan aplikasi, penggunaan peruntukan serta perancangan aktiviti seterusnya. Sesi tersebut telah dinilai oleh Dr Hj. Mustapha Din bin Subari, Prof. Dr Sahrim bin Hj. Ahmad dan Prof. Dr Nor Azan binti Mat Zin.
Sepanjang sesi penilaian, penyelidik menerima pelbagai pandangan, cadangan dan maklum balas membina daripada panel bagi memperkukuh pelaksanaan projek serta meningkatkan potensi impaknya kepada komuniti sasaran.
Sesi ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengukuhan kerjasama antara penyelidik, pihak KADRI dan panel pakar. Diharapkan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha membangunkan penyelesaian teknologi yang inklusif dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP -
IET On Campus UTHM Perkasa Pelajar Diploma Melalui Program KTP
