Berita
UTHM Perkasa Kesedaran Ergonomik Industri Melalui Kerjasama Strategik Bersama S&A Multiskill

BATU BERENDAM: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memperkukuh hubungan strategik bersama industri melalui pelaksanaan Kursus Pengenalan kepada Ergonomik di Industri yang berlangsung pada 29 September 2026 bertempat di Malaysian Flying Academy, Melaka.
Program yang melibatkan 20 orang peserta terdiri daripada juruterbang pelatih, tenaga pengajar, staf teknikal dan pentadbiran ini merupakan antara inisiatif susulan hasil jalinan kerjasama melalui Letter of Intent (LoI) bersama S&A Multiskill Sdn Bhd dalam usaha memperluas pemindahan ilmu, kepakaran akademik dan amalan terbaik keselamatan serta kesihatan pekerjaan kepada sektor industri.
Kursus tersebut dikendalikan oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, Pensyarah Kanan dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM, yang berkongsi pengetahuan berkaitan prinsip asas ergonomik, kepentingan postur kerja yang betul, faktor risiko ergonomik serta langkah pencegahan kecederaan muskuloskeletal di tempat kerja.
Perkongsian ini turut memberi penekanan kepada aplikasi ergonomik dalam persekitaran industri penerbangan, khususnya melibatkan postur duduk yang berpanjangan, pergerakan berulang, pengendalian peralatan serta aktiviti kerja yang berpotensi menyebabkan ketidakselesaan dan kecederaan otot serta rangka.
Penganjuran kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan amalan kerja ergonomik, malah menyokong usaha meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Pengetahuan yang dikongsikan diharap dapat membantu peserta mengenal pasti risiko ergonomik serta mengamalkan langkah pencegahan yang bersesuaian dalam tugasan harian.
Pelaksanaan program ini turut mencerminkan komitmen UTHM dalam memperkasakan jaringan universiti–industri melalui perkongsian kepakaran akademik yang relevan dengan keperluan industri, sekali gus menyokong pembudayaan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif. Kerjasama strategik bersama S&A Multiskill Sdn. Bhd. ini juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang pelaksanaan latihan profesional, pembangunan kompetensi dan program pemindahan ilmu pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh peranan UTHM sebagai institusi pendidikan tinggi yang responsif terhadap keperluan semasa industri.
Popular
-
DiPX 2026 Berjaya Himpunkan Lebih 1 600 Pengunjung di Hab Pendidikan… -
InoCeDS UTHM Raih Anugerah Inovasi Harapan di Konvensyen Kumpulan Ino… -
CeDS UTHM Dekati Pelajar SMK Sultan Abdul Jalil Melalui Program Promo… -
Plot Like a Pro: Menguasai Graf Saintifik Profesional dengan Origin -
Seminar ‘PO Check’ UTHM: Persiap Graduan Kimia Laku Keras di Pasaran… -
MIRAI SAKURA 26’: Program Mobiliti Antarabangsa Perkukuh Jaringan Aka… -
Kolaborasi UTHM dan SK (Felda) Kahang Timur Perkasakan Pendidikan STE… -
Dari Pemantauan ke Pengembangan: Hydrocare Inclusive 2026 Diperkasa -
Bengkel bersama Panel Penasihat Industri dan Pemegang Taruh Alumni: P… -
CeDS Promosi Program Diploma di Pameran Informasi Pendidikan dan Kerj…
