Skip to main content

Pengumuman

Pendaftaran Kursus Semester II, Sesi 2016/2017

Oleh CeDS
11 Januari 2017, 8:30 am
Pendaftaran Kursus Semester II, Sesi 2016/2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa, pendaftaran kursus bagi Semester II Sesi 2016/2017 akan dibuka dari 15 Januari 2017 (bermula jam 10 pagi) sehingga 28 Januari 2017 melalui SMAP Online. Pelajar diingatkan supaya mencetak slip pendaftaran kursus untuk diserahkan kepada PA serta pejabat am.

Pelajar yang gagal mendaftar kursus tanpa sebab yang munasabah akan diberhentikan daripada pengajian, rujuk Peraturan Akademik (Sarjana Muda & Diploma) Perkara 7 (4).

  1. Sila jelaskan hutang terlebih dahulu sebelum mendaftar untuk pelajar yang berstatus hutang.
  2. Sila daftar kursus mengikut seksyen yang telah ditetapkan. (JKA / JKE / JKM / JSM / JTM)
  3. Sila rujuk panduan penggunaan SMAP Online untuk pelajar yang tidak pernah menggunakan SMAP Online

Sekian, harap maklum.