Skip to main content

Pengumuman

Pengemaskinian UPU Online Lepasan SPM 2020

Oleh CeDS
10 Jun 2021, 3:53 pm
Pengemaskinian UPU Online Lepasan SPM 2020

Tahniah atas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima!

UPU Online akan dibuka untuk pengemaskinian pilihan program pengajian bermula 12 tengah hari, 15 Jun 2021 sehingga 5 petang, 21 Jun 2021.

Kami menjemput anda untuk menyertai program diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di kampus Pagoh.

UTHM menawarkan tujuh pilihan program diploma bagi memenuhi impian bidang dan kerjaya pilihan anda, iaitu:

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Sains Gunaan
  • Diploma Teknologi Animasi
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Teknologi Maklumat

Antaranya kelebihan program diploma UTHM ialah:

  • Pilihan antara tujuh program diploma berbeza
  • Mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA) / Engineering Technology Accreditation Council (ETAC)
  • Laluan pantas ke program ijazah UTHM
  • Bergraduat lebih cepat
  • Kebolehpasaran graduan yang tinggi iaitu 97.82%

Bagi memudahkan proses pemilihan program, anda boleh membuat penilaian pantas, program diploma UTHM yang sesuai dengan keputusan SPM yang anda perolehi, melalui Google Sheet ini.

Anda juga boleh mengunjungi kami di Jom Masuk IPT Virtual 2021, untuk mendapatkan khidmat nasihat secara maya.


Jom Sertai Program Diploma UTHM!