Permohonan Penangguhan Pengajian Semester I, Sesi 2020/2021
Oleh CeDS
03 November 2020, 6:45 pm
Permohonan penangguhan pengajian atas sebab peribadi hendaklah dihantar ke Pejabat Pengurusan Akademik, selewat-lewatnya pada minggu ketujuh, sebagaimana termaktub dalam Peraturan Akademik, Bahagian VI, Perkara 18 (3) (c); "Permohonan penangguhan untuk sesuatu semester hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada minggu ketujuh semester berkenaan. Permohonan selepas minggu tersebut tidak akan diterima".