Skip to main content

Pengumuman

Soal Selidik Status Vaksinasi dan Kategori Pelajar Bagi Kemasukan ke Kampus

Oleh CeDS
25 Ogos 2021, 1:05 pm
Soal Selidik Status Vaksinasi dan Kategori Pelajar Bagi Kemasukan ke Kampus

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sedang dalam proses mendapatkan maklum balas menyeluruh status vaksinasi dan kategori pelajar bagi tujuan kemasukan semula ke kampus pada Semester I, Sesi 2021/2022.

Soal selidik ini amat penting bagi membantu universiti dalam membuat keputusan berkaitan kebenaran pelajar kembali ke kampus pada semester tersebut.

Oleh itu, semua pelajar CeDS diwajibkan untuk mengisi dan mengemas kini soal selidik ini dari semasa ke semasa dengan kadar segera.

Soal selidik hendaklah diisi melalui pautan bit.ly/feedbackvaccinationUTHMstudents.

Pautan soal selidik ini akan dibuka secara berterusan untuk dikemas kini oleh pelajar dari semasa ke semasa.

Segala usaha dan kerjasama para pelajar didahului dengan ucapan terima kasih.