Untuk makluman, negara kita sedang dilanda bencana banjir yang memberi kesan kepada ramai pelajar Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Justeru, Persatuan Pelajar Diploma (PPD) dengan kerjasama Kelab Staf CeDS ingin memohon sumbangan seikhlas hati, setulus kasih daripada seluruh warga UTHM.
Segala hasil kutipan sumbangan akan disalurkan kepada pelajar-pelajar Pusat Pengajian Diploma yang terkesan dengan banjir ini.
Pelajar dan staf CeDS boleh memberi sumbangan secara dalam talian (perbankan dalam talian) dengan rujukan Tabung Bencana Banjir dan selepas itu perlu memuat naik bukti pembayaran sumbangan di Google Form ini.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Amirul di talian +60 11-3644 4602 atau Saudari Fitriana di talian +60 17-714 1669.
Tabung tersebut akan dibuka untuk menerima sumbangan sehingga 29 Januari 2022.
Tabung Misi Bantuan Banjir Pelajar CeDS
Bagi para pelajar yang terkesan dengan banjir, pelajar boleh menghubungi pegawai-pegawai di talian tertera untuk mendapatkan bantuan.
Pegawai Bertanggungjawab Bantuan Banjir Pelajar
Bagi Bantuan Wang Tunai, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM mempelawa pelajar-pelajar yang berkenaan untuk mengemukakan permohonan bantuan Dana Ihsan. Borang boleh didapati melalui pautan ini.
Kemudian, pelajar hendaklah menghantar borang berkenaan melalui Google Form ini.
Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Januari 2022
Bantuan Wang Tunai