Skip to main content

Berita

Q-PPD Mendapat Penarafan Emas di ICQCC 2016

Oleh CeDS
28 Ogos 2016, 8:00 am
Q-PPD Mendapat Penarafan Emas di ICQCC 2016

BANGKOK, THAILAND: International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2016 yang telah diadakan di Centara Grand Bangkok Thailand dari 23 hingga 26 Ogos 2016 telah menyaksikan satu lagi kejayaan UTHM di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Q-PPD terdiri daripada Encik Sabani Mohd, Puan Rafizah Mohd Hanifa, Encik Misbahul Muneer Abdul Rahman, Cik Nor Faezah Adan, Encik Muhammad Faizal Ismail, Puan Rozainita Rosley, Puan Rusnani Saji, Puan Ida Aryanie Bahrudin, Encik Eddy Irwan Shah Saadon dan Tuan Haji Suhaimi Makminin selaku Fasilitator Kumpulan.