Kunjungan dan Perbincangan Program Kerjasama oleh Pakuan University
Oleh CeDS
04 Mei 2018, 8:00 am
PAGOH: Delegasi dari Pakuan University, Indonesia telah membuat kunjungan ke Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 3 Mei 2018, bagi mengadakan perbincangan berkaitan Program Peningkatan Kegiatan Kerjasama Luar Negeri bagi Program Diploma Pakuan University, Indonesia. Tujuan lawatan adalah bagi merancang program kerjasama di dalam bidang pembelajaran, kerjasama penganjuran persidangan antarabangsa dan juga pengembangan sumber manusia.