PAGOH: Lawatan penandaan aras Politeknik Ungku Omar ke Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diadakan pada 7 Mei 2018 di UTHM Pagoh.
Lawatan yang melibatkan penyertaan 30 orang peserta itu, bertujuan untuk menimba pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma pelaksanaandan pengurusan Kurikulum sebagai persediaan audit Engineering Technology Accreditation Council (ETAC).