Skip to main content

Berita

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Oleh Dr Zuraida binti Ibrahim
01 September 2021, 7:03 am
Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

PAGOH: Pelajar Tahun 1, Diploma Teknologi Maklumat dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Saudari Nurulain Asyikin binti Dzol Karnain telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Video Animasi Merdeka 2021 – Merdeka Gemilang Bersama PIK Besout 4.

Video animasi tersebut dihasilkan di rumah beliau, semasa cuti akhir tahun akademik 2021/2022, menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam kursus DAT11403 Konsep Multimedia.

Video yang beliau hasilkan menggunakan perisian Adobe Animate, amat menarik berdasarkan pengalaman beliau dan bagus untuk dihayati sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021.

Tahniah diucapkan daripada semua warga CeDS!


Aku Anak Malaysia