Skip to main content

Berita

Tips Kekeluargaan Memotivasikan Ibu Bapa di Era Pandemik

Oleh Ts Dr Hazlini binti Dzinun
09 September 2021, 10:12 am
Tips Kekeluargaan Memotivasikan Ibu Bapa di Era Pandemik

PAGOH: Program Tip Kekeluargaan Semasa Pandemik anjuran Kelab Staf Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diadakan pada 2 September 2021 jam 10 pagi hingga 11.30 pagi.

Penceramah bagi program ini adalah Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin yang merupakan Pengarah Urusan Sebarkan Bahagia Sdn Bhd, perunding motivasi, penulis, editor, penulis skrip drama TV dan pendakwah.

Program ini telah disertai oleh 110 peserta melalui pautan Zoom dan 90 peserta melalui YouTube Live.

Peserta amat teruja mendengar perkongsian daripada ustazah kerana pendekatan secara interaktif bersama peserta membuatkan mereka rasa tidak cukup masa untuk mendengar lagi perkongsian daripada ustazah.

Oleh itu, kebanyakan peserta mencadangkan supaya program ini diteruskan lagi ke siri seterusnya.

Program seperti ini amatlah diperlukan untuk memberi motivasi dan nasihat kepada ibu bapa dimana kewajipan mereka dalam mendidik anak-anak dan pada masa yang sama perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja kepada majikan dalam norma baharu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur terutamanya Ts Dr Hazlini binti Dzinun selaku pengarah program kerana berjaya mengadakan program yang memberi impak positif kepada peserta yang hadir.

Saksikan rakaman program seperti berikut.


Program Tips Kekeluargaan Semasa Pandemik