Skip to main content

Berita

Klinik Penerbitan CeDS Pemacu Penulisan Berkualiti Tinggi

Oleh Ts Mahmod Abd Hakim bin Mohamad
09 September 2021, 1:36 pm
Klinik Penerbitan CeDS Pemacu Penulisan Berkualiti Tinggi

PAGOH: Program Klinik Penerbitan CeDS 2021 Siri 2 anjuran Jawatankuasa Penerbitan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diadakan pada 6 September 2021 jam 10 pagi hingga 11.30 pagi.

Penceramah bagi program ini adalah YBhg Profesor Dr Mustafa bin Mat Deris yang merupakan Profesor dalam bidang Fuzzy Mathematics and Applications (FMA), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), berpengalaman luas dalam penulisan kertas kerja berimpak tinggi, journal scopus, pakar penilai geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), penceramah FRGS, pembentang utama dalam persidangan dan pelbagai penerbitan seperti buku, prosiding dan sebagainya.

Program ini telah disertai oleh 17 peserta melalui pautan Google Meet dan 4 peserta yang telah dipilih penulisan kertas kerja mereka dinilai dan diberi komen oleh Ybhg Profesor Mustafa ketika klinik berlangsung.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti penulisan kertas kerja yang dihasilkan daripada para pelajar tahun akhir projek diploma atau kajian penyelidikan bersama para penyelia supaya dapat diterbitkan dalam Journal Scopus.

Klinik penulisan ini secara rasminya telah menjadi salah satu platform bagi staf akademik CeDS untuk mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada YBhg Prof Mustafa secara mentor-mentee dan seterusnya meningkatkan lagi statistik penerbitan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur terutamanya Ts Dr Hazlini binti Dzinun selaku pengarah program kerana berjaya mengadakan program yang memberi impak positif kepada peserta yang hadir.

Saksikan rakaman program seperti berikut.


Klinik Penerbitan CeDS 2