Berita
Kelangsungan Penulisan Berkualiti Melalui Klinik Penerbitan CeDS
PAGOH: Jawatankuasa Penerbitan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan penganjuran Program Klinik Penerbitan CeDS Siri 3 secara dalam talian.
Program ini merupakan lanjutan daripada Klinik Penerbitan CeDS Siri 1 dan 2 yang masing-masing telah diadakan pada 11 Ogos 2021 dan 6 September 2021.
Program Klinik Penerbitan CeDS Siri 3 yang berlangsung pada 20 September 2021 jam 10 pagi hingga 12 tengah hari telah mendapat penyertaan seramai 21 staf akademik CeDS.
Program ini mendapat bimbingan penceramah Profesor Dr Mustafa bin Mat Deris yang berpengalaman luas dalam penulisan kertas kerja berimpak tinggi, jurnal Scopus serta pelbagai penerbitan seperti buku, prosiding dan sebagainya.
Seramai 4 staf akademik iaitu Dr Nur’ain binti Idris, Dr Noorul Hudai binti Abdullah, Puan Nor Baizura binti Hamid dan Ts Mohd Erwan bin Sanik telah membentangkan kertas kerja masing-masing sekali gus mendapatkan saranan penambahbaikan dari Profesor Dr Mustafa bin Mat Deris dan rakan staf akademik yang berpengalaman dalam penulisan.
Program ini merupakan satu inisiatif memberi pendedahan, galakan dan motivasi kepada staf akademik di CeDS dalam menghasilkan manuskrip.
Staf akademik juga dapat mengetahui teknik-teknik menulis, bertanya dan bertukar-tukar pandangan dengan staf yang lain.
Pandangan dan maklum balas semasa pembentangan mungkin dapat mencetuskan idea-idea lain atau menggalakkan lagi kajian-kajian yang lain yang lebih mendalam.
Melalui penerbitan dan pembentangan, ilmu tersebut dapat dikongsi bersama rakan sekerja yang lain.
Peserta juga dapat menimba ilmu dan pengalaman berkaitan penulisan dari penceramah.
Penceramah turut memberi nasihat berkaitan penulisan dan penyebaran ilmu untuk kegunaan generasi akan datang.
Sekiranya ilmu tersebut tidak ditulis, pengalaman yang diperolehi tidak digarap, ilmu tersebut akan hilang meninggalkan kita.
Dengan itu, pentingnya menulis atau mencatat sebagai satu proses kita mendapatkan ilmu dalam kehidupan pada hari ini.
Hasil catatan atau tulisan dapat dimanfaatkan dan diguna pakai oleh orang lain.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan program yang memberi impak positif kepada peserta yang hadir.
Saksikan rakaman program seperti berikut.
Klinik Penerbitan CeDS Siri 3
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor