Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Fun with Arduino Pupuk Minat Pelajar Sekolah Dalam Sains dan Teknologi

Oleh Dr Muhammad Faizal bin Ismail
02 November 2021, 11:47 am
Fun with Arduino Pupuk Minat Pelajar Sekolah Dalam Sains dan Teknologi

PAGOH: Pada 20 Oktober 2021, Kumpulan Fokus Microcontroller Technology for Internet of Things (MTIT), Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan program Fun with Arduino bersama SMK Lenga, Muar secara dalam talian.

Program yang diadakan bersempena Bulan Teknologi SMK Lenga ini telah disampaikan oleh Ketua Kumpulan Fokus MTIT iaitu Dr Muhammad Faizal bin Ismail dan dihadiri lebih daripada 50 orang pelajar Tingkatan 2 dan 3 bersama beberapa orang guru.

Objektif program ini adalah untuk memberi nilai tambah dalam proses pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, Tingkatan 2 dan 3 serta pengenalan terhadap aplikasi mikropengawal Arduino dalam kehidupan seharian.

Program ini memfokuskan kepada asas Arduino dan cara mengawal dan memberi arahan kepada Arduino menggunakan aplikasi ThinkerCAD. Aplikasi web ini boleh dimuat turun secara percuma membolehkan pelajar mempelajarinya dengan mudah dan berkesan.

Peserta amat teruja menggunakan aplikasi ThinkeCAD ini dan telah berjaya menyelesaikan beberapa projek hands-on menggunakan aplikasi ini sekali gus memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, kumpulan fokus MTIT dan SMK Lenga kerana berjaya mengadakan kursus yang memberi impak positif kepada guru dan pelajar sekolah.


Hak Cipta © 2021 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 720.

Dikemas kini pada 03 December 2021, 6:20 pm.