Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Berita

Alumni CeDS Dinobatkan Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek

Oleh CeDS
10 November 2021, 12:47 pm
Alumni CeDS Dinobatkan Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek

PAGOH: Saudara Amirul Faiz bin Abdul Latif, alumni Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah dinobatkan Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek di Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2020.

Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM2 000, trofi, sijil dan hadiah iringan serta tawaran Biasiswa Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi.

Anugerah khas tersebut dinobatkan kepada mahasiswa yang berjaya menunjukkan pencapaian terbaik dalam penganjuran program-program berimpak tinggi.

Beliau yang merupakan Felo Perdana Kementerian Kerja Raya sangat aktif dalam program-program kesukarelawan.

Ini termasuklah mengemudi program khidmat masyarakat anarabangsa, Mengkasa Debat Secara Bersiri selaku Pengarah Program.

Majlis Anugerah Tokoh Siswa merupakan majlis anugerah yang berprestij yang mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam ketokohan berorganisasi serta penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, majlis ini merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada kepimpinan mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Majlis yang diadakan secara maya itu, telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini binti Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.


Hak Cipta © 2021 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 720.

Dikemas kini pada 03 December 2021, 6:20 pm.