Skip to main content

Berita

Penyelidik CeDS Cipta Sejarah Mendapatkan RE-GG

Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
23 Januari 2022, 10:25 am
Penyelidik CeDS Cipta Sejarah Mendapatkan RE-GG

PAGOH: Penyelidik Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapatkan Research Enhancement-Graduate Grant (RE-GG).

Dr Mohd Zulariffin bin Md Maarof telah berjaya mendapatkan geran sebanyak RM 45 000 bagi projek penyelidikan Combination of Neural Network Particle Swarm Optimization (Nn-Pso) with Expert Prediction (EP) for Forecasting Price Movement of Xauusd in Gold Trading.

Geran tersebut dibuka untuk permohonan kepada penyelia-penyelia Doktor Falsafah (PhD) sahaja.

Ini sekali gus merupakan satu sejarah baharu di CeDS, apabila penyelia utama pelajar PhD merupakan staf CeDS.

Tahniah kepada Dr Mohd Zulariffin!