BATU PAHAT: Seramai 826 graduan tahun 2021, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diraikan dalam sebuah Majlis Penyampaian Skrol, sempena Istiadat Konvokesyen Ke-21 UTHM.
Majlis ini merupakan majlis susulan dari majlis Istiadat Pengisytiharan Penganugerahan Diploma yang telah diadakan pada 21 November 2021 lalu, disebabkan penularan gelombang ketiga penyakit koronavirus 2019 (COVID-19).
Selain penganugerahan skrol, Anugerah Akademik turut diserahkan kepada graduan dalam majlis tersebut.
Graduan-graduan yang menerima Anugerah Akademik ialah:
Lee Yee Lynn Anugerah Canselor
Nur Izzati Athirah binti Mohd Nazari Anugerah Tan Sri Dato’ Paduka Hajjah Aishah Ghani
Muhammad Halimi Zuhdi bin Bakeri Anugerah Akademik Yayasan UTHM
Abdul Aziz bin Abdul Hamid Anugerah Khas Alumni UTHM
Norsafirah binti Ishak Anugerah UTHM Holdings
Hafifa Afiqah binti Baharun Anugerah Perihatin Wakaf
Senarai penuh nama graduan adalah seperti yang telah tercatat dalam buku konvokesyen. Rakaman istiadat boleh ditonton seperti berikut. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan!