Skip to main content

Berita

Naib Canselor UTHM Membuat Lawatan Kerja ke CeDS

Oleh Berita UTHM
01 Jun 2022, 8:30 am
Naib Canselor UTHM Membuat Lawatan Kerja ke CeDS

PAGOH: Prof. Ts Dr Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah mengadakan satu sesi lawatan kerja ke Pusat Pengajian Diploma (CeDS).

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan informasi dan maklumat yang lebih tepat dari pihak pengurusan CeDS berkaitan pengurusan pentadbiran, kewangan, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan sebagainya.

Yang Berbahagia Naib Canselor turut beramah mesra dengan staf CeDS dari pelbagai peringkat, selain membuat lawatan ke makmal-makmal CeDS.