Berita
CeDS Terima Kemasukan 836 Pelajar Baharu
PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), minggu ini telah menerima seramai 836 pelajar baharu bagi ketujuh-tujuh program diploma yang ditawarkan.
Pelajar-pelajar yang mendaftar kemudiannya mengikuti program Minggu Haluan Siswa (MHS) bagi memperkenalkan dan menyesuaikan pelajar dengan persekitaran kampus.
Proses pendaftar pelajar dilakukan secara berperingkat mengikut jenis program pelajar pada 31 Julai lalu.
Setelah usai proses pendaftaran, para pelajar mengikuti Taklimat Keselamatan oleh Pengarah Keselamatan UTHM, Kapten Muhammad Khair bin Mahmood Dean, selain mengikuti Sesi Bersama Pengetua Kolej Kediaman Kampus Pagoh, Ts Suhairi bin Ismail.
Seterusnya, pada 1 Ogos para pelajar mengikuti Sesi Bersama Provost UTHM Pagoh, Prof. Madya Ts Dr Mohd Kamarulzaki bin Mustafa; Taklimat KPT Shared Facilities oleh Pengarah Seksyen Pembangunan Khas, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Encik Huzaimi Amir bin Zainudin; Sesi Bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Sr Ts Dr Lokman Hakim bin Ismail; serta Taklimat Peranti Siswa dari Kementerian Pengajian Tinggi.
Pada sebelah petangnya pula, para pelajar mengikuti Taklimat Pusat Pengajian Bahasa; Taklimat Survey Undi 18; serta Taklimat Pusat Pengajian Umum dan Kurikulum oleh Prof. Madya Dr Mohd Khir bin Mohd Nor dan Dr Ahmad Sharifuddin bin Mustapha.
Kemudian, pada sebelah malam, para pelajar mengikuti satu sesi Taklimat Undi 18 / Kenegaraan i-LEAD dari Kementerian Belia dan Sukan.
Pada 2 Ogos pula, pelajar-pelajar mengikuti satu Sesi Carlist bersama Pegawai Psikologi UTHM Pagoh; Sesi U-Explore bersama Pusat Pembangunan Pelajar; Taklimat Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN); serta Taklimat Kebajikan Pelajar dan Endah OKU dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM.
Klimaks MHS adalah Sesi Bersama Fakulti serta Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK).
Sesi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran barisan Pengurusan Eksekutif dan Pentadbiran CeDS yang diketuai Dekan, YBrs. Ts Dr Mohd Shahir bin Yahya, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan serta Penolong Pendaftar Kanan.
Sejurus selesai program bersama Pengurusan Eksekutif dan Pentadbiran CeDS, para pelajar dipecahkan mengikut kumpulan PAK untuk bersuai kenal dengan PAK masing-masing.
Program MHS ini akan berakhir sepenuhnya pada 4 Ogos ini.
Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu ke keluarga besar CeDS UTHM!
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor