Berita
Pusat Pengajian Diploma UTHM Bolot Lapan Anugerah di ESTE22
BANDAR SAUJANA PUTRA: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih anugerah emas, perak dan gangsa selain tiga anugerah khas ketika menyertai pertandingan inovasi Engineering, Science and Technology Exhibition (ESTE22) buat pertama kali pada 18 Ogos 2022.
Bagi kategori Anugerah Kumpulan Diploma, projek pelajar CeDS telah berjaya meraih satu Gold Award, dua Silver Award dan dua Bronze Award.
Projek Wireless Water Content Irregularity Monitoring System using LoRa at Muar River yang diketuai oleh Muhamad Amir Luqman Mohamad Alwi dan diselia oleh Timbalan Dekan (Akademik), CeDS, Dr Muhammad Faizal Ismail telah berjaya membawa pulang Gold Award.
Sementara itu, bagi projek Smart Medicine Box yang diketuai oleh Muhammad Norizzmier Norasmawi dan projek Smart Parcel with Buzzer and Camera yang diketuai oleh Muhammad Syahrilhafiz Syaziman berjaya memperoleh Silver Award.
Manakala projek Robokids for Early Education dan Smart Device Switching Using Hand Gesture and IoT telah memperoleh Bronze Award.
Lebih membanggakan apabila tiga anugerah khas yang dipertandingkan turut berjaya diraih oleh kumpulan peserta CeDS.
Projek Smart Parcel with Buzzer and Camera yang dianggotai oleh Muhammad Syahrilhafiz Syaziman, Afiq Imran Ismadi, Harith Aiman Suhaimi dan Ts Mohamad Md Som berjaya meraih Best Project Award.
Projek Smart Medicine Box yang dianggotai oleh Muhammad Norizzmier Norasmawi, Muhammad Nur Arsyad Zairul Rijaluddin, Ammar Amran dan Ts Nur Azliza Ahmad pula berjaya meraih Best Demonstrative Award.
Manakala Muhammad Norizzmier dari pasukan projek yang sama turut dinobatkan sebagai Best Presenter Award.
Menurut Dr Muhammad Faizal, pertandingan ESTE22 yang dianjurkan oleh Universiti MAHSA kali ke-17 ini dibuka kepada para pelajar ijazah sarjana muda dan diploma bagi memberi peluang kepada mereka mengetengahkan produk inovasi dan hasil penyelidikan yang telah dibangunkan.
ESTE22 melibatkan penyertaan 66 projek untuk bersaing dalam tiga kategori pertandingan.
Tambah beliau, CeDS telah menghantar sembilan penyertaan projek inovasi untuk dipertandingkan termasuk projek Wrist Recovery System, Racing Drone with FPV Camera Using Arduino, Candy Colour Sorting Machine dan Bayam Hydroponics.
Kebanyakan projek yang dihantar adalah merupakan projek tahun akhir diploma yang telah dibangunkan selain satu projek inovasi dari kumpulan berfokus pensyarah.
Semua projek yang diketengahkan oleh CeDS ini turut bersaing dengan projek-projek inovasi pelajar ijazah sarjana muda melalui tujuh kategori anugerah khas.
“Penglibatan dan penyertaan pelajar dan pensyarah CeDS UTHM di dalam ESTE22 kali ini diharapkan dapat membina pengalaman luar dan persaingan sihat khususnya dalam mengetengahkan projek-projek inovasi yang boleh diimplementasikan secara terus kepada masyarakat.
“Penglibatan pelajar-pelajar antarabangsa selain barisan panel dari luar negara dalam pertandingan ini turut membuktikan pencapaian pelajar dan juga pensyarah CeDS UTHM diiktiraf dan mampu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh,” katanya.
Artikel ini telah sebelum ini diterbitkan di Berita UTHM.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor