Berita
Lawatan Penandaarasan Akademik bagi Diploma Teknologi Animasi
Pada 13 September 2022, telah diadakan satu program lawatan penandaarasan akademik bagi program Diploma Teknologi Animasi, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Program ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas bagi proses permohonan akreditasi penuh (MQA02) Diploma Teknologi Animasi pada tahun 2023.
Oleh itu, lawatan penandaarasan ini adalah sangat bersesuaian dan penting untuk dilaksanakan bagi keperluan akademik Diploma Teknologi Animasi.
Dalam program tersebut, dimulakan dengan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang daripada Ketua Pengajian Seni Digital dan Imejan (KPSK), Dr Ts Erman Maharam dan Ketua Bidang Animasi, Permainan Kreatif dan Gerak Kreatif, Encik Suhaimi Juhan.
Seterusnya ucapan balas dari Ts Mohd Hatta bin Mohamed Ali @ Md Hani, Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM.
Seramai sembilan orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma dan seorang penolong jurutera UTHM terlibat bersama dalam mengikuti bersama program ini terdiri daripada Ketua Program, Diploma Teknologi Animasi iaitu Puan Juliana binti Mohamed dan lain-lain.
Dengan adanya program ini, ianya dapat memberi pendedahan baru dan peluang kepada program Diploma Teknologi Animasi, CeDS untuk meningkatkan mutu akademik seiring keperluan semasa.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor