Berita
Advanced Global Project Based Learning (AgPBL) 3.0 Wadah Kolaborasi Global
PAGOH: Pada 21 September 2022 telah berlangsungnya program Advanced Global Project Based Learning (AgPBL) 3.0 yang bertemakan Towards Research and Project Development secara dalam talian melalui aplikasi Zoom anjuran bersama Kumpulan Fokus ITecH, Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), di bawah kelolaan Ts Dr Shelena Soosay Nathan bersama Shibaura Insititute of Technology (SIT), Jepun dan KLS Gogte Institute of Technology, India yang telah disertai oleh pelajar dan ahli akademik dari ketiga-tiga institusi.
Program ini adalah rentetan dari program AgPBL yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 di SIT dan kemudian secara dalam talian pada tahun 2021.
Program pada tahun ini dianjurkan antara tiga negara seiring dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara ketiga-tiga institusi ini.
Ini mewujudkan ruang yang lebih untuk program pelajar seperti mobiliti ke negara-negara tersebut pada masa akan datang.
Seramai 60 pelajar daripada SIT, UTHM dan KLS telah menyertai program ini dengan tujuan untuk membentangkan hasil projek dan idea masing-masing dalam bidang internet benda (IoT) serta teknologi maklumat yang dibuat dalam bentuk sesi selari daripada 11 pagi hingga 4 petang waktu tempatan.
Program dimulakan dengan ucapan aluan dan tayangan montaj daripada ketiga-tiga universiti dan disusuli dengan sesi pembentangan idea projek daripada pelajar-pelajar daripada ketiga-tiga institusi dalam sesi breakout room berbeza.
Sesi pembentangan diteruskan hingga 4 petang waktu tempatan dan diakhiri dengan undian bagi memilih projek idea terbaik bagi setiap sesi yang telah berlangsung.
Majlis disusuli dengan ucaptama dari Dr Kumudhini Ravindra yang merupakan pengerusi WiE AG IEEE Bangaluru Section, India dengan tajuknya mengenai Design Thinking.
Selepas itu, majlis penutupan yang berlangsung pada jam 5:00 petang waktu tempatan dengan ucapan daripada Profesor Eiji Kamioka dari SIT, Jepun dan pengumuman pemenang projek idea terbaik dimana enam pemenang dipilih yang terdiri daripada dua kumpulan dari SIT, Jepun, 2 dari UTHM dan 2 lagi pemenang dari KLS, India.
Majlis berakhir dengan sesi fotografi.
Program yang mengaplikasikan pembelajaran berasaskan projek ini telah berjaya membuka peluang kolaborasi antarabangsa antara kedua-dua institusi dalam bidang IoT, dan selari dengan slogan UTHM, UTHM Produces Professionals, program ini mampu melahirkan pakar bertaraf profesional dalam bidang IoT dan mampu merentasi kehendak global.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor