Skip to main content

Berita

Reka Bentuk Grafik Menerusi Adobe Creative Suite: Nilai Tambah Depani Industri

Oleh Encik Mohd Firdaus bin Mohd Herrow
29 November 2022, 9:27 pm
Reka Bentuk Grafik Menerusi Adobe Creative Suite: Nilai Tambah Depani Industri

PAGOH: Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pada 25 dan 26 November 2022 telah mengadakan satu bengkel Animation Camp: A-Camp (Graphic Design Workshop: Gig Economy @ UTHM 2022) bertujuan untuk memperluaskan ilmu pengetahuan reka bentuk grafik dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Diploma Teknologi Animasi tahun 2.

Para peserta diberi pendedahan berkaitan ilmu pengetahuan reka bentuk grafik dimana ilmu ini merupakan elemen penting dalam menghasilkan reka bentuk susun atur yang kreatif dan penghasilan karya yang bersifat moden dan mengikut cita rasa terkini.

Ilmu reka bentuk grafik diberi penekanan dalam kaedah yang betul terutamanya dalam penghasilan karya yang bersifat kreatif dan interaktif.

Elemen-elemen ini dilihat banyak memberi impak kepada para peserta dimana mereka acapkali menggunakan ilmu pengetahuan reka bentuk grafik di dalam penghasilan kerja seperti penghasilan reka bentuk logo, kad perniagaan, reka bentuk poster dan koleksi karya di dalam format interaktif video.

Melalui sesi ini, peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi Adobe Creative Suite seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe Primiere Pro dan Adobe After Effect secara menyeluruh.

Tambahan pula, Encik Mazlan bin Ismail membantu para peserta dalam berkongsi dan demonstrasi cara menghasilkan karya yang kreatif dan interaktif menerusi aplikasi Adobe Creative Suite yang seiring dengan keperluan peserta sebagai pelajar seni, reka bentuk dan teknologi animasi bagi tujuan penghasilan karya yang bersifat kreatif, moden, terkini, serta mempunyai cita rasa baru agar dapat menarik minat bakal majikan dari industri kreatif.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari secara bersemuka ini, telah diadakan di Makmal Trafik, UTHM Pagoh.

Bengkel bermula dengan sesi perkongsian ilmu secara teori mengenai reka bentuk grafik.

Kemudian aktiviti melibatkan demostrasi di dalam penggunaan aplikasi Adobe Creative Suite di dalam penghasilan karya yang bersifat kreatif dan interaktif agar dapat menarik minat pihak industri terutamanya industri animasi.

Kemahiran ini merupakan satu elemen yang menyumbang kepada kejayaan seseorang pelajar di dalam menghasilkan karya yang bersifat kreatif dan interaktif secara efektif.