Skip to main content

Berita

Lawatan Industri Pelajar dan Pensyarah DAG ke WAU Animation

Oleh Encik Mokhtar bin Yahya
25 Mei 2023, 3:35 pm
Lawatan Industri Pelajar dan Pensyarah DAG ke WAU Animation

CYBERJAYA: Para pelajar serta pensyarah Diploma Teknologi Animasi (DAG) dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan satu lawatan ke WAU Animation.

Studio animasi anak tempatan itu merupakan studio yang bertanggungjawab membangunkan siri animasi popular Ejen Ali, selain filem berjudul Ejen Ali: The Movie.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WAU Animation, Encik Usamah Zaid bin Yasin turut berbesar hati untuk menandatangan surat hasrat (LOI) sebagai permulaan kerjasama secara rasmi dengan UTHM.

Bagi meningkatkan kerjasama ke peringkat seterusnya, sebuah memorandum persefahaman (MOU) sedang dirangka dan akan ditandatangan dalam masa terdekat.