Berita
Lawatan ke Loji Rawatan Air SAJ Dedah Pelajar Kepada Proses Merawat Air Mentah
PANCHOR: Sebuah lawatan sambil belajar telah dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 22 Mei 2023 yang berlangsung di Loji Rawatan Air Syarikat Air Johor (SAJ), Pagoh, Panchor.
Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 38 orang.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar dengan mendedahkan cara proses merawat sumber air mentah kepada air bersih kepada pelajar supaya pelajar lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar.
Di samping itu, dapat menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi bersama Pihak Pengurusan Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor serta pensyarah kursus Kejuruteraan Alam Sekitar dengan kerjasama yang dilakukan.
Melalui program ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar terutamanya sumber air.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Azharuddin bin Alias bersama kakitangan Ranhill SAJ yang sangat banyak berkongsi ilmu pengetahuan kepada kakitangan dan pelajar UTHM.
Tidak lupa juga Dr Noorul Hudai binti Abdullah, Dr Norhayati binti Ngadiman, Puan Nor Baizura binti Hamid dan Puan Hazirah binti Bujang, pensyarah kursus Kejuruteraan Alam Sekitar (DAC12203) kerana bersama-sama menjayakan program lawatan sambil belajar ke Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor