Skip to main content

Berita

Living Lab Muar: Innovate and Collaborate Pemangkin Cetusan Inovasi Unggul

Oleh Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, Ts Dr Hazlini binti Dzinun
09 Jun 2023, 6:10 pm
Living Lab Muar: Innovate and Collaborate Pemangkin Cetusan Inovasi Unggul

PAGOH: Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah menganjurkan program Living Lab Muar: Innovate and Collaborate pada 6 Jun 2023 yang lalu secara fizikal di Bilik Mesyuarat 1, UTHM Pagoh.

Penceramah jemputan, Ts. Dr Nor Azizi bin Yusoff selaku Ketua Living Lab Muar, telah memberi perkongsian aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam Living Lab Muar bersama para penyelidik di CeDS.

Program ini bukan sekadar sesi perkongsian biasa, malah dilihat sebagai peluang dimana para penyelidik dapat mempamerkan hasil produk penyelidikan mereka mengikut tahap yang bersesuaian bagi bersama-sama dengan Living Lab Muar.

Program seperti ini merupakan inisiatif yang sangat baik demi menggalakkan para penyelidik di CeDS berkolaborasi dengan penyelidik luar, masyarakat dan juga industri.

Kehadiran dari wakil kumpulan fokus (FG) CeDS menunjukkan semangat dan kesungguhan mereka dalam mencari ruang dan peluang yang ditawarkan oleh Living Lab Muar.

Diharapkan hasil produk penyelidikan CeDS akan berada bersama-sama Living Lab Muar