Skip to main content

Berita

Dua Orang Staf Akademik Pusat Pengajian Diploma Antara Penerima Geran Penyelidikan Pascasiswazah (GPPS) Bagi Tahun 2023

Oleh Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa
28 Jun 2023, 12:15 pm
Dua Orang Staf Akademik Pusat Pengajian Diploma Antara Penerima Geran Penyelidikan Pascasiswazah (GPPS) Bagi Tahun 2023

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) merakamkan ucapan penghargaan buat dua orang staf akademik daripada Jabatan Kejuruteraan Awam yang telah berjaya memperolehi geran GPPS bagi tahun 2023.

Geran ini merupakan geran dalaman universiti bertujuan untuk menyemarakkan penyelidikan dengan membiayai sebahagian dari aktiviti penyelidikan pelajar pascasiswazah.

Penerima pertama, Ts Dr Norhayati binti Ngadiman menerusi tajuk kajian, Effectiveness of Dry Seed as Natural Coaglants in Water Treatment Process telah berjaya memperolehi dana sebanyak RM20 000.

Manakala, Prof. Madya Hj Masiri bin Kaamin pula telah berjaya mendapat dana sebanyak RM40 000 bagi dua tajuk iaitu, Coastal Erosion Vulnerabilities and Risks at West Coast Peninsular Malaysia dan Sediment Movement Analysis from Littoral Environment Observation (LEO) and Longshore Sedimen Transport Rate (LSTR) at Batu Pahat Coastal Area.

Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin buat staf akademik yang lain untuk menyemarakkan budaya penyelidikan di CeDS.