Skip to main content

Berita

Trash to Cash @ CeDS 2023 Semarak Keusahawanan Sosial Dalam Kalangan Pelajar

Oleh Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik
28 Jun 2023, 12:15 pm
Trash to Cash @ CeDS 2023 Semarak Keusahawanan Sosial Dalam Kalangan Pelajar

PAGOH: Jawatankuasa Keusahawanan dan Ekonomi, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pelajar Diploma Sains Gunaan dengan kerjasamana SWCorp Cawangan Muar dan Tangkak telah menganjurkan program Keusahawanan Sosial, Trash to Cash @ CeDS UTHM 2023.

Program ini berlangsung selama sebulan yang telah dilaksanakan sebanyak 3 fasa bermula pada 1 Jun 2023 dan berakhir pada 26 Jun 2023.

Program ini telah dijayakan oleh 47 orang pelajar tahun dua, Diploma Sains Gunaan dengan kerjasama dan sokongan seluruh pensyarah dan staf CeDS, UTHM.

Fasa pertama program telah berlangsung pada 1 Jun, fasa kedua pada 12 Jun dan fasa ketiga beserta majlis penutup pada 26 Jun 2023.

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama agensi SWCorp Cawangan Muar dan Tangkak berserta pihak SWM Environment Sdn Bhd.

Objektif program Keusahawanan Sosial, Trash to Cash @ CeDS 2023 bertujuan untuk menyemarakkan program keusahawanan sosial dalam kalangan pelajar dalam aktiviti kitar semula dan menyelamatkan sisa yang boleh dikitar semula daripada terus dibuang ke tapak pelupusan.

Di samping itu, melalui program ini ianya dapat memberi pulangan serta pendapatan tambahan kepada para pelajar.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan konsep keusahawanan sosial iaitu menjana pendapatan daripada sisa (waste to money) yang juga menyokong Matlamat Pembangunan Mapan (SDG), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Hasil dari program ini sebanyak 3,583kg bahan kitar semula telah berjaya dikumpul bersamaan dengan 14,255 mata.

Justeru, dengan perlaksanaan program ini keterlibatan mahasiswa CeDS secara aktif dalam aktiviti keusahawanan sosial semasa dalam pengajian adalah sebagai strategi membantu pelajar dalam aktiviti perniagaan disamping menarik minat ke arah mencipta peluang dalam keusahawanan sosial dan kelestarian alam sekitar.