Skip to main content

Berita

Bengkel Pemantapan Penulisan Artikel Berindeks Scopus 2023

Oleh Dr Hazwani binti Rahmat, Ts Dr Hazlini binti Dzinun
07 Mei 2023, 1:58 pm
Bengkel Pemantapan Penulisan Artikel Berindeks Scopus 2023

PAGOH: Seramai 18 staf akademik Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai bengkel penulisan artikel anjuran Jawatankuasa Penerbitan CeDS.

Bengkel tersebut yang dirasmikan oleh Professor Ts Dr Rabiah binti Ahmad selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Turut hadir bersama adalah Professor Madya Dr Azwan bin Sapit, Timbalan Pengarah Pejabat Penerbit UTHM.

Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil bagi staf akademik CeDS dalam menyiapkan artikel scopus mereka dimana artikel ini telah disemak dan dikomen melalui klinik penerbitan bersiri pada tahun 2022 yang dibimbing oleh Professor Dr Ismail bin Abdul Rahman, Professor Sanjung.

Di akhir bengkel ini, staf dimestikan untuk menghantar artikel mereka ke jurnal berindeks Scopus (terbitan khas UTHM) sepertimana aku janji yang dibuat pada hari pertama bengkel dilaksanakan bagi mencapai sasaran penerbitan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti kepada CeDS.

Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penerbitan atas usaha yang dilakukan dan diharapkan program seperti ini terus mendapat sokongan dan penyertaan dari staf akademik CeDS.