Berita
Bengkel Modul Pembelajaran Digital Perkasa Penghasilan Modul Digital
PAGOH: Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) aktif mengadakan aktiviti memupuk semangat menulis untuk penerbitan di kalangan staf akademik.
Kali ini, Ts Dr Sabariah binti Musa selaku ketua Jabatan Pembangunan Pembelajaran Maya (CVL) dijemput sebagai penceramah bagi mendedahkan teknologi pembelajaran digital bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Bengkel berkenaan bertujuan membantu staf akademik mengaplikasikan teknologi sedia ada bagi membantu staf di dalam penghasilan modul pembelajaran digital yang juga direkodkan sebagai penerbitan bahan terbitan umum.
Seramai 38 peserta yang hadir didedahkan kepada kepentingan dan kelebihan pembelajaran digital.
Penceramah turut berkongsi tips dan panduan dalam menulis modul pembelajaran digital.
Peserta juga diberi pendedahan lengkap kepada garis panduan, jenis dan skop modul pembelajaran digital.
Selain platform penerbitan percuma sedia ada, CVL UTHM menyediakan pelbagai platform bagi menerbitkan bahan digital seperti MOOC (Platform Moodle), Micro-C (Platform Open-learning) dan OER: Open Educational Resources (Platform Joomla).
Video rakaman bengkel boleh ditonton seperti berikut.
Semoga inisiatif Jawatankuasa Penerbitan CeDS terus mendapat sambutan warga akademik UTHM.
Bengkel Modul Pembelajaran Digital
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor