Berita
Taklimat Latihan Industri Siri 2, Semester II, Sesi 2022/2023, Jabatan Teknologi Maklumat CeDS
PAGOH: Bertempat di Auditorium 2, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Pagoh, Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah menjalankan program Taklimat Latihan Industri Siri 2 kepada pelajar program Diploma Teknologi Maklumat dan program Diploma Teknologi Animasi.
Program ini telah dihadiri sekitar 240 orang peserta termasuk para pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat.
Umumnya program taklimat ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar sebelum memasuki alam industri.
Taklimat ini telah dikelola oleh Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin dan Cik Bakhreza binti A. Talip.
Ketua Jabatan Ts. Dr Noordiana Kassim@Kasim selaku Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS telah memberi sokongan penuh kepada program ini.
Dengan adanya program seperti ini, ianya merupakan satu wadah yang berguna dalam membawa kecemerlangan kepada para pelajar sewaktu menjalankan latihan industri.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Kumpulan Penyelidik CeDS Rangkul Pingat Emas di eREKA 2021
-
Aplikasi Photopea Bermanfaat Dalam Penghasilan Reka Bentuk Produk
-
CeDS Juara Keseluruhan Sukan Antara Fakulti 2021