Skip to main content

Berita

VOSViewer Alternatif Pantas Jaringan Bibliometrik

Oleh Dr Hazwani binti Rahmat
16 Ogos 2023, 6:49 pm
VOSViewer Alternatif Pantas Jaringan Bibliometrik

PAGOH: Buat pertama kali, satu bengkel analisis literature review menggunakan perisisian VOSViewer telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS).

Ts Dr Norpadzlihatun binti Manap dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) telah dijemput sebagai penceramah bagi mengajar peserta tentang kaedah pantas menganalisis literature review secara komprehensif dan mudah dengan menggunakan perisian VOSViewer.

Bengkel ini bertujuan membantu staf di dalam penghasilan review paper dan memacu hala tuju analisis literature review.

Bengkel dimulai dengan penerangan kepentingan analisis scientometric, perisian alternatif selain VOSViewer, dan antara muka pengguna serta fungsi tetapan di dalam VOSViewer.

Peserta turut didedahkan dengan pelbagai contoh hasil analisis dari VOSViewer. Peserta juga dilatih secara hands-onn penggunaan VOSViewer bagi menganalisis bibliometrik.

Terima kasih kepada Ts Dr Norpadzlihatun di atas perkongsian yang bermanfaat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Penerbitan kerana menganjurkan bengkel seperti ini dan semoga momentum penulisan dalam menerbitkan artikel di kalangan staf akademik CeDS semakin meningkat.