Skip to main content

Berita

Program Khidmat Masyarakat Tautan Sinar JKE Siri 5 Beri Keselesaan Kepada Penghuni Tahfiz

Oleh Dr Mohd Nurul Al-Hafiz bin Sha'abani
26 Jun 2023, 11:23 am
Program Khidmat Masyarakat Tautan Sinar JKE Siri 5 Beri Keselesaan Kepada Penghuni Tahfiz

YONG PENG: Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah mengadakan program khidmat masyarakat di Pusat Tahfiz Darul Huffaz al-Imtiyaz, Parit Yaani, Yong Peng pada 18 sehingga 22 Jun 2023.

Tujuan program ini adalah untuk meringankan beban kewangan pihak tahfiz dengan membantu melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik.

Ini bagi memberi keselesaan dan menjamin keselamatan penghuni tahfiz seterusnya dapat memastikan pelaksanaan proses pengajian al-Quran dapat dilaksanakan dengan lancar dan kondusif.

Program ini turut melaksanakan elemen program pemindahan ilmu (KTP) dengan memberi pendedahan asas pendawaian lampu dan kipas kepada beberapa orang pelajar tahfiz berkenaan.